Perejam lembing terkemuka Rejam_lembing

Jaguh acara merejam lembing iaitu Jan Železný dari Czech Republic yang mempunyai susuk badan yang biasa berbanding pencabar terdekat Steve Backley telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing dengan jarak 98.48m sehingga sekarang.

Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini.